Tanpa disedari, ini merupakan minggu terakhir bagi kelas GE 1153 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN. Jujurnya, kelas ini merupakan antara kelas yang paling menarik sepanjang saya mengambil kursus pilihan bebas. Saya tidak pernah merasa bosan di dalam kelas, di samping sentiasa diberi tunjuk ajar dan didikan oleh Cik Mazalah. Sememangnya Cik Mazalah sering kali membantu sekiranya kami memerlukan bantuan dan juga maklumat lebih lanjut. Bahkan, sepanjang kelas berjalan saya tidak pernah merasa tertekan walaupun kerja yang diberikan agak banyak. Ini kerana kami diberikan masa yang cukup untuk menyiapkannya. Minggu ini juga kami diberi tugasan terakhir iaitu menyiapkan digital portfolio iaitu meletakkan hyperlink untuk setiap tugasan yang pernah dilakukan menggunakan Microsoft PowerPoint. Untuk kelas terakhir saya sedikit terkilan kerana terpaksa keluar dari kelas lebih awal untuk bersedia bagi persembahan kokorikulum angklung. Tetapi memori berada di kelas ini akan sentiasa terpahat di ingatan. Terima kasih buat rakan-rakan sekelas dan juga pensyarah yang begitu banyak menghulurkan tunjuk ajar.=)
GE 1153 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN
Tuesday, 8 January 2013
DIARI REFLEKSI: MINGGU KETIGA BELAS
Minggu ini saya melakukan semakan tugas-tugas yang masih belum selesai. Saya meletakkan ke dalam senarai to-do-list untuk mengelakkan dari pertindihan kerja. Pada masa yang sama, ia adalah bertujuan untuk mengelakkan kerja-kerja tersebut tertangguh jika diambil mudah. Seterusnya, aktiviti yang turut dilakukan ialah dengan membuat penyata kewangan akaun menggunakan google docs. Sememangnya tugasan ini telah menjadi lebih mudah kerana saya telah melakukannya sebelum ini menggunakan Microsoft Excel. Target saya ialah untuk memastikan senarai tugasan dalam to-do-list disiapkan..=)
DIARI REFLEKSI: MINGGU KEDUA BELAS
Untuk tugasan minggu ini adalah bagi penyediaan powerpoint berdasarkan laporan yang telah disiapkan. Dengan menggunakan laporan tersebut sebagai rujukan saya telah memindahkan maklumat tersebut ke dalam slide powerpoint. Namun begitu, saya hanya meletakkan informasi yang penting sahaja di dalam slide tersebut, di samping meringkaskannya. Ini kerana maklumat yang lengkap boleh diperoleh di dalam laporan. Untuk peringkat awal, saya memilih design bagi powerpoint. Seterusnya, pemilihan font juga adalah penting untuk memastikan ia dapat dibaca dengan baik. Jika ingin menambahkan slide, hanya perlu menekan butang new slide yang terletak di atas. Berikut adalah contoh sampel yang diambil dari slide powerpoint..=)
Sunday, 30 December 2012
DIARI REFLEKSI: MINGGU KESEBELAS
Minggu kesebelas, kami telah dibahagikan mengikut kumpulan dengan satu kumpulan mengandungi tiga hingga empat ahli. Bagi kumpulan saya, kami telah ditugaskan untuk membuat deskripsi tentang perisian penyuntingan audio dan juga penyuntingan video. Ketua kumpulan iaitu Ahmad Muhyiddin telah mereka satu kumpulan di dalam Facebook yang diberi nama Kumpulan Audio Video Stereo. Setiap dari kami telah diagihkan dengan tugas tersendiri untuk memudahkan lagi perjalanan tugas yang telah diberikan. Untuk bahagian saya, saya bertanggungjawab untuk mencari maklumat mengenai penyuntingan video. Terdapat dua jenis perisian penyuntingan video iaitu non-linear dan transcoding. Untuk tugasan ini saya banyak menggunakan enjin carian Google untuk mendapatkan lebih maklumat lanjut tentang perisian penyuntingan ini yang terdapat secara terbuka mahupun di pasaran.
DIARI REFLEKSI: MINGGU KESEPULUH
Minggu ini kami telah diberikan pendedahan oleh Cik Mazalah untuk penggunaan format APA di dalam laporan yang telah kami sediakan. Sebelum ini saya hanya menggunakan Gaya UKM untuk pelbagai bentuk laporan mahupun tugasan. Bagi APA yang memrupakan singkatan daripada American Physchological Association, ia ternyata agak berbeza dengan Gaya UKM. Jika Gaya UKM menggunakan 1.5 spacing tetapi bagi APA ialah double spacing. Selain itu bagi tajuk kecil di laporan Gaya UKM hanya dibenarkan untuk bold tetapi bagi APA ianya perlu diletakkan italic.Selain itu adalah disarankan untuk menggunakan Times New Roman dengan saiz font 12 untuk format APA.
Lebih lanjut mengenai APA (KLIK DI SINI)
DIARI RELEKSI: MINGGU KESEMBILAN
Tugasan pada kali ini adalah agak menarik kerana kami perlu menyediakan hamparan elektronik yang mengandungi perbelanjaan kewangan sepanjang bulan November sehingga Disember. Pada awalnya, saya agak kurang biasa dengan terma hamparan elektronik tetapi sebenarnya ia adalah 'spreadsheet' seperti yang terdapat di dalam Microsoft Excel. Ternyata walaupun saya mempunyai pengalaman menggunakan Microsoft Excel, tetapi apabila diminta melakukan tuagasan akaun dengan membuat belanjawan ia ternyata mencabar. Sememangnya, Cik Mazalah banyak memberikan tunjuk ajar untuk memastikan jumlah amaun yang diletakkan tepat dan begitu juga dengan proses mengira.
Caption 1: ini adalah sample daripada hamparan elektronik yang telah saya lakukan.=)
DIARI REFLEKSI: MINGGU KELAPAN
Aktiviti minggu ini ialah untuk menukarkan data yang dikumpul di dalam SPSS ke dalam bentuk jadual dan graf. Bagi kumpulan kami, kami telah menggunakan jadual dan 'pie chart' untuk hasil dapatan daripada data terkumpul. Hasil data ini adalah diterima dari 10 responden bagi kajian kami yang bertajuk 'Penggunaan Web 2.0 sebagai bahan pembelajaran dalam kalangan pelajar FSSK UKM. ' Proses berikutnya adalah dengan memfokuskan laporan yang merangkumi tajuk, latar belakang kajian, objektif kajian, dapatan kajian. Bagi tugasan ini, saya dan rakan sekumpulan telah pun meletakkan data yang berbentuk fail .spv dan .sav ke dalam yahoo groups masing-masing. Namun begitu, kami masih lagi di dalam proses untuk menyiapkan laporan hasil kajian kami. Saya berharap dapat menyiapkannya secepat mungkin dengan menggunakan sedikit sebanyak tips yang telah diberikan oleh Cik Mazalah dalam penyediaan laporan.
Subscribe to:
Posts (Atom)