Pada minggu ini, Cik Mazalah telah mengarahkan kami untuk membina soalan menggunakan perisian Survey Monkey. Bagi saya, penggunaan Survey Monkey adalah sangat mudah difahami serta tidak begitu sukar. Untuk mereka yang mengambil free sign up, hanya aplikasi asas dalam Survey Monkey sahaja yang ditawarkan. Sebagai contoh, had maksimum bagi soalan yang direka hanyalah 10 soalan sahaja dan tidak boleh melebihi had. Survey moneky juga memberikan akses kepada pengguna tentang bilangan responden yang telah berjaya menjawab soalan dan analisis bagi data. Bagi kumpulan saya, kami telah berjaya mendapat 3 responden untuk Survey monkey seperti yang dikehendaki Cik Mazalah. Untuk langkah selanjutnya, kami telah meletakkannya di dalam Google docs dan tindakan lanjut adalah dengan memberikan kepada responden dalam bentuk 'hard copy.' Sememangnya, ia adalah suatu pengetahuan yang berguna kerana boleh dipraktikkan di masa akan datang.
Tuesday, 20 November 2012
Friday, 16 November 2012
DIARI REFLEKSI: MINGGU KELIMA
Untuk minggu kelima, Cik Mazalah telah meminta kami untuk menghantar semula signature e-mel kami dan melihat sekiranya terdapat pembetulan dan penambahan bagi maklumat yang disertakan bersama signature e-mail. Walaupun pelajar tidak begitu ramai memandangkan minggu tersebut kebanyakan pelajar pulang awal bagi cuti Hari Raya Aidiladha, pembelajaran masih lagi diteruskan. Sedikit sebanyak kelas pada minggu ini berjalan agak tenang dan 'mood' untuk pulang beraya lebih menguasai diri. Namun begitu, tugasan yang diberikan sentiasa menjadi keutamaan utama, di sebalik kegembiraan pulang beraya. Salam Hari Raya Aidiladha..:)
Subscribe to:
Posts (Atom)