Minggu kesebelas, kami telah dibahagikan mengikut kumpulan dengan satu kumpulan mengandungi tiga hingga empat ahli. Bagi kumpulan saya, kami telah ditugaskan untuk membuat deskripsi tentang perisian penyuntingan audio dan juga penyuntingan video. Ketua kumpulan iaitu Ahmad Muhyiddin telah mereka satu kumpulan di dalam Facebook yang diberi nama Kumpulan Audio Video Stereo. Setiap dari kami telah diagihkan dengan tugas tersendiri untuk memudahkan lagi perjalanan tugas yang telah diberikan. Untuk bahagian saya, saya bertanggungjawab untuk mencari maklumat mengenai penyuntingan video. Terdapat dua jenis perisian penyuntingan video iaitu non-linear dan transcoding. Untuk tugasan ini saya banyak menggunakan enjin carian Google untuk mendapatkan lebih maklumat lanjut tentang perisian penyuntingan ini yang terdapat secara terbuka mahupun di pasaran.
Sunday, 30 December 2012
DIARI REFLEKSI: MINGGU KESEPULUH
Minggu ini kami telah diberikan pendedahan oleh Cik Mazalah untuk penggunaan format APA di dalam laporan yang telah kami sediakan. Sebelum ini saya hanya menggunakan Gaya UKM untuk pelbagai bentuk laporan mahupun tugasan. Bagi APA yang memrupakan singkatan daripada American Physchological Association, ia ternyata agak berbeza dengan Gaya UKM. Jika Gaya UKM menggunakan 1.5 spacing tetapi bagi APA ialah double spacing. Selain itu bagi tajuk kecil di laporan Gaya UKM hanya dibenarkan untuk bold tetapi bagi APA ianya perlu diletakkan italic.Selain itu adalah disarankan untuk menggunakan Times New Roman dengan saiz font 12 untuk format APA.
Lebih lanjut mengenai APA (KLIK DI SINI)
DIARI RELEKSI: MINGGU KESEMBILAN
Tugasan pada kali ini adalah agak menarik kerana kami perlu menyediakan hamparan elektronik yang mengandungi perbelanjaan kewangan sepanjang bulan November sehingga Disember. Pada awalnya, saya agak kurang biasa dengan terma hamparan elektronik tetapi sebenarnya ia adalah 'spreadsheet' seperti yang terdapat di dalam Microsoft Excel. Ternyata walaupun saya mempunyai pengalaman menggunakan Microsoft Excel, tetapi apabila diminta melakukan tuagasan akaun dengan membuat belanjawan ia ternyata mencabar. Sememangnya, Cik Mazalah banyak memberikan tunjuk ajar untuk memastikan jumlah amaun yang diletakkan tepat dan begitu juga dengan proses mengira.
Caption 1: ini adalah sample daripada hamparan elektronik yang telah saya lakukan.=)
DIARI REFLEKSI: MINGGU KELAPAN
Aktiviti minggu ini ialah untuk menukarkan data yang dikumpul di dalam SPSS ke dalam bentuk jadual dan graf. Bagi kumpulan kami, kami telah menggunakan jadual dan 'pie chart' untuk hasil dapatan daripada data terkumpul. Hasil data ini adalah diterima dari 10 responden bagi kajian kami yang bertajuk 'Penggunaan Web 2.0 sebagai bahan pembelajaran dalam kalangan pelajar FSSK UKM. ' Proses berikutnya adalah dengan memfokuskan laporan yang merangkumi tajuk, latar belakang kajian, objektif kajian, dapatan kajian. Bagi tugasan ini, saya dan rakan sekumpulan telah pun meletakkan data yang berbentuk fail .spv dan .sav ke dalam yahoo groups masing-masing. Namun begitu, kami masih lagi di dalam proses untuk menyiapkan laporan hasil kajian kami. Saya berharap dapat menyiapkannya secepat mungkin dengan menggunakan sedikit sebanyak tips yang telah diberikan oleh Cik Mazalah dalam penyediaan laporan.
Friday, 28 December 2012
DIARI REFLEKSI: MINGGU KETUJUH
Bagi tugasan minggu ketujuh, kami telah diarahkan untuk menyimpan data yang dikumpul hasil soal selidik ke dalam SPSS. Hasil data terkumpul itu adalah melalui dari google docs yang mempunyai 10 responden. Pada awalnya, adalah agak sukar bagi saya untuk mengggunakan software SPSS kerana sebelum ini saya tidak pernah didedahkan dengan SPSS. Secara ringkasnya SPSS ialah singkatan daripada Statistical Pacakage for Social Sciences yang digunakan secara meluas bagi analisis statistik di dalam bidang sains sosial. Sebelum ini saya tidak pernah didedahkan dengan SPSS dan hanya pernah menggunakan Microsoft Excel sahaja bagi tujuan merekodkan data statistik. Walaupun pada permulaannya saya kurang mahir dalam merekodkan data di dalam SPSS tetapi hasil dari tunjuk ajar dari Cik Mazalah dan rakan sekelas yang lain, saya perlahan-lahan belajar untuk melakukannya. Hasilnya saya berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan termasuklah penyediaan data dan juga gambar rajah.
Subscribe to:
Posts (Atom)