Tuesday, 23 October 2012

DIARI REFLEKSI:MINGGU KEEMPAT

Kini sudah hampir empat minggu berada di kelas Komputer dalam Pendidikan. Minggu ini tugasan yang diterima makin banyak. Tetapi mujurlah kesemua tugasan ini berterusan dan sekaligus memberikan lebih masa kepada kami untuk menyiapkannya. Salah satu tugasannya ialah untuk membuat laporan tentang penggunaan sistem C/LMS (Learning Management System) dan antara skop yang perlu dilihat ialah jenis C/LMS yang boleh didapati secara terbuka serta kebaikan menggunakannya. Bagi tugasan ini, saya dan rakan kumpulan telah memulakan tugasan ini pada minggu tugasan tersebut diberikan. Oleh itu,kami tidak begitu merasakan kesukaran dalam penghasilan ini. Sememangnya adalh penting untuk mencari artikel dan bahan bacaan yang sesuai untuk digunakan dalam tugasan.



Namun begitu, tugasan terbaru yang diberikan Cik Mazalah iaitu membuat soal selidik dengan menggunakan Surveymonkey adalah agak baru bagi saya. Saya pernah melakukan mini report sewaktu di Tahun 2 tetapi ia tidak melibatkan penggunaan Surveymonkey. Kami telah diberi pilihan untuk memilih tajuk dan tajuk yang telah dipilih ialah 'Web 2.0 in Education.' Pada peringkat awal ini,kami hanya memfokuskan kepada pengenalan tajuk yang merangkumi pernyataan seperti Objektif, Soalan Kajian, Pernyataan Masalah dan seterusnya, Walaupun tugasan ini agak mencabar, saya percaya bahawa kami mampu melakukannya. Cik Mazalah pernah memberikan kata hikmah iaitu 'learning by doing' iaitu hanya dengan mencuba atau melakukannya kita dapat mempelajari sesuatu perkara. 






Monday, 15 October 2012

DIARI REFLEKSI: MINGGU KETIGA

Pada minggu ini, kami lebih banyak diberikan penekanan mengenai setiap tugasan di mana Cik Mazalah menunjukkan proforma untuk melihat tugasan-tugasan yang perlu disiapkan kami sepanjang semester ini. Oleh itu, dia telah memanggil setiap pelajar untuk melihat sejauh mana hasil tugasan yang telah disiapkan sepanjang pembelajaran mengambil tempat. Pada masa yang sama, kami perlu menghantar e-mel kepada Cik Mazalah dan Dr Siti Fatimah mengenai harapan kami terhadap kursus ini. Sebelum kelas tamat, Cik Mazalah meminta kami untuk menyimpan setiap sumber untuk tugasan di dalam kumpulan yahoo groups! kami sendiri. Tiga minggu berada di dalam kelas Komputer Dalam Pendidikan, telah banyak yang dipelajari. Walaupun tugasan makin bertambah, dari sudut positif ia adalah bertujuan untuk memahirkan diri saya dengan aplikasi di dalam komputer dan saya percaya ia bakal berguna kelak. Seperti yang dipetik dari ahli pemikir Perancis, Jean-Jacques Rousseau, "Patience is bitter, but its fruit is sweet." 





DIARI REFLEKSI: MINGGU KEDUA

Minggu kedua pembelajaran, setiap dari kami perlu mencipta akaun yahoo groups! dengan nama kumpulan harus diletakkan nombor matriks dan fakulti (A135444 FSSK). Apabila selesai membuka akaun, kami perlu menjemput pensyarah untuk menjadi ahli di dalam kumpulan ini. Pada hari tersebut juga Cik Mazalah telah mengagihkan kami dengan pasangan untuk tugasan akan datang. Setelah mendapat pasangan masing-masing untuk  tugasan berkumpulan, kami juga harus membuat kumpulan di dalam facebook dengan ahli di dalam kumpulan tersebut adalah pasangan bagi tugasan yang bakal diberikan. Selepas membuat kumpulan, kami diminta untuk mengedit bahagian 'database' dengan maklumat peribadi mengenai diri kami berserta dengan URL bagi e-mel,facebook,yahoo groups! dan juga blog. Maklumat di dalam 'database' juga perlu dikemaskini dari masa ke semasa. Sebelum kelas tamat, kami telah dimaklumkan mengenai tugasan kami yang perlu dihantar menggunakan google doc iaitu tugasan mengenai C/LMS.



DIARI REFLEKSI:MINGGU PERTAMA


Pada awalnya, apabila memasuki kelas ini banyak yang bermain di minda saya kerana saya sama sekali tidak mengetahui akan bentuk pengajaran dan skop pembelajaran subjek ini. Namun begitu, selepas memasuki kelas ini dan mendapat bimbingan dari Cik Mazalah, saya merasakan ia adalah keputusan yang tepat untuk mengambil subjek ini sebagai Pilihan Bebas (PB). Ini kerana kelas ini mempunyai ciri pembejaran yang sangat kondusif dan tugasan yang diberikan juga menarik. Pada kelas yang pertama kami diminta untuk membuat 'signature' di dalam e-mel dan kami perlu memastikan bahawa maklumat di dalam 'signature' itu akan berubah seiring dengan kriteria yang diingini tenaga pengajar. 



Pada permulaannya, maklumat awal yang perlu ada di bahagian 'signature' ialah nama penuh, institusi, dan program. Selain itu, saya juga telah membuat suatu e-mel baru yang menggunakan nama formal khas bagi subjek ini untuk memudahkan pembahagian tugas dan markah. Seterusnya, kami juga perlu membuat akaun Yahoo Groups!  dan perlu menjadi ahli ge1155-2012-2013 untuk mendapatkan segala bentuk maklumat terbaru dan terkini dari pensyarah. Segaal bentuk perbincangan dan diskusi turut dijalankan di dalam kumpulan ini. Sebelum kelas tamat, kami telah diberikan tugasan untuk membincangkan perbezaan antara e-mel dan post berdasarkan apa yang telah dipraktikkan dan dipelajari di dalam kelas.

Wednesday, 10 October 2012