Minggu kedua pembelajaran, setiap dari kami perlu mencipta akaun yahoo groups! dengan nama kumpulan harus diletakkan nombor matriks dan fakulti (A135444 FSSK). Apabila selesai membuka akaun, kami perlu menjemput pensyarah untuk menjadi ahli di dalam kumpulan ini. Pada hari tersebut juga Cik Mazalah telah mengagihkan kami dengan pasangan untuk tugasan akan datang. Setelah mendapat pasangan masing-masing untuk tugasan berkumpulan, kami juga harus membuat kumpulan di dalam facebook dengan ahli di dalam kumpulan tersebut adalah pasangan bagi tugasan yang bakal diberikan. Selepas membuat kumpulan, kami diminta untuk mengedit bahagian 'database' dengan maklumat peribadi mengenai diri kami berserta dengan URL bagi e-mel,facebook,yahoo groups! dan juga blog. Maklumat di dalam 'database' juga perlu dikemaskini dari masa ke semasa. Sebelum kelas tamat, kami telah dimaklumkan mengenai tugasan kami yang perlu dihantar menggunakan google doc iaitu tugasan mengenai C/LMS.
No comments:
Post a Comment