Monday, 15 October 2012

DIARI REFLEKSI:MINGGU PERTAMA


Pada awalnya, apabila memasuki kelas ini banyak yang bermain di minda saya kerana saya sama sekali tidak mengetahui akan bentuk pengajaran dan skop pembelajaran subjek ini. Namun begitu, selepas memasuki kelas ini dan mendapat bimbingan dari Cik Mazalah, saya merasakan ia adalah keputusan yang tepat untuk mengambil subjek ini sebagai Pilihan Bebas (PB). Ini kerana kelas ini mempunyai ciri pembejaran yang sangat kondusif dan tugasan yang diberikan juga menarik. Pada kelas yang pertama kami diminta untuk membuat 'signature' di dalam e-mel dan kami perlu memastikan bahawa maklumat di dalam 'signature' itu akan berubah seiring dengan kriteria yang diingini tenaga pengajar. 



Pada permulaannya, maklumat awal yang perlu ada di bahagian 'signature' ialah nama penuh, institusi, dan program. Selain itu, saya juga telah membuat suatu e-mel baru yang menggunakan nama formal khas bagi subjek ini untuk memudahkan pembahagian tugas dan markah. Seterusnya, kami juga perlu membuat akaun Yahoo Groups!  dan perlu menjadi ahli ge1155-2012-2013 untuk mendapatkan segala bentuk maklumat terbaru dan terkini dari pensyarah. Segaal bentuk perbincangan dan diskusi turut dijalankan di dalam kumpulan ini. Sebelum kelas tamat, kami telah diberikan tugasan untuk membincangkan perbezaan antara e-mel dan post berdasarkan apa yang telah dipraktikkan dan dipelajari di dalam kelas.

No comments:

Post a Comment